Saya mempunyai banyak kenalan kerja dan kebanyakkan mereka adalah berbangsa arab dan yang lain-lain datang dari Rusia, Perancis, Itali, Brazil, Venezuela dan macam-macam negara lagi. Mereka-mereka ini begitu kagum dengan bahasa mereka dan saya merasa sedikit cemburu kerana apabila mereka berjumpa dengan rakan-rakan sebangsa mereka akan menggunakan bahasa mereka sepenuhnya (maksud saya disini, mereka tidak mencampur-aduk dengan bahasa inggeris) berbeza dengan orang-orang Malaysia disini, apabila kami berkomunikasi kami akan mencampur-aduk bahasa melayu dan bahasa inggeris (kami = rakyat malaysia di Libya dan saya sendiri).
Saya tidak pasti sama ada anda semua perasan atau tidak, jika kita berkomunikasi dengan bangsa lain, contohnya dengan orang indonesia, kita (bangsa melayu) akan terikut-ikut dengan loghat mereka. Sama juga seperti jika kita berkomunikasi dengan bangsa lain seperti bangsa India dan Cina. Kita lebih mudah mengikut loghat mereka. Adakah kita bangsa melayu malu untuk menggunakan bahasa kita sendiri atau kita semua tidak merasa cukup bangga dengan bahasa kita?? Jawapan nya ada pada diri kita sendiri.
Di sini saya tidak mengatakan bahawa bahasa inggeris itu tidak penting ya. Saya sendiri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan ketika saya berkerja tapi setelah beberapa ketika saya merasa rindu untuk berkomunikasi dengan bahasa ibunda saya sendiri. :)..Sesetengah rakyat malaysia merasa bangga jika mereka dapat berkomunikasi dengan bahasa inggeris dengan lancar (begitu juga saya) sehingga kita alpa untuk memperbaiki bahasa kita sendiri..Terdapat juga sesetengah ibubapa yang tidak mahu langsung anak-anak mereka berkomunikasi dalam bahasa melayu mungkin mereka rasa bahasa melayu itu standard nya begitu rendah..:(
Jadi dikesempatan ini saya ingin mengingatkan kepada anda (sesiapa yang sudi membaca nukilan saya ini) dan kepada diri saya sendiri, tidak perlulah kita hendak mengagungkan bahasa inggeris kerana ianya tidak mencerminkan bangsa anda. Bahasa Jiwa Bangsa.
Apa pendapat anda??
P.S. Saya rasa penulisan Bahasa Melayu saya bagus juga yaa...hehehe..
4 comments:
bila seharian perah otak fikir ayat yang ptt klr bila ckp dgn kawan2 kat uni, sangat lega bila dapat balik rumah and cakap bahasa melayu. more relaxing and xpayah perah otak :p
and bila aida dgn kawan2 jalan2 kat kedai2 baju, mat saleh ramai yang buat muke blur. tapi yang bestnya senang nak kutuk diorang neh :p
p/s: sekarang tgh rindu sangat kat tanah tumpah and layan citer ghost 2 kat 8tv :p
bagus....
terharu! masih ada orang boleh berbahasa melayu begini.
(nk juge b'bhs di cni)
hehe
Aida:Kannn..I tot I'm apart of minority peoples who think like that..bile kite g country lain rase sgt seronok bile jumpe org malaysie..rase macam terus click la..but ade gak certain malaysian yg mira jumpe kat oversea sombong giler..mmg best dpt kutuk org depan2 especially bile dieorg mmg x paham ape yg kite ckp..hehe
Abg Ipar:=)
Qill:sile2...mari kite berbahase melayu..
Post a Comment