Tuesday, November 2, 2010

Gaya penulisan yang agak kurang matang

HyE K0wAnG!!! HaWau u GuYZz?? hOpE kOwAnG seE-hEaRt dAn SeNtIasA cHanTeqEu sElALu.. kItEw sEe-HeArT jEwW. HaRiE nIeW kItEw MaKaN eSkRem ceKLat yAng SaNgaT seDAp..(Hi korang!!! How are you, guys?? Hope korang sihat dan sentiasa cantik selalu.. Kita sihat jer. Hari ni kita makan aiskrim chocolate yang sangat sedap).

Okay. Stop it. Annoying, bukan?

Aku nak type pon lenguh. Asyik nak kena tekan shift jer.

Korang yang baca pon mesti rasa nak tekan butang 'X' kat sebelah atas kanan tu.

Umur dah 25 tahun tapi gaya penulisan serupa budak umur bawah 5 tahun. Grow up please.

Kalau Puan Rozana (cikgu BM (bahasa melayu) sekolah rendah masa aku darjah 6) tengok ni sure aku kena cubit sambil berkata "Amirah..coba (cuba/try tapi cikgu selalu pronounce coba) kamu ubah sikit tulisan kamu ni. Nak dapat BM penulisan E ke?"

Aku tengok budak² sekarang ni gemar betul type macam tu. Bukan budak² jer la. Golongan umur pertengahan pon masih nak type camtu. Kononnya ayat manja berbaur comel la type macam tu? Tak comel langsung okay. Tak kira la dalam blog, hantar SMS atau type status dalam facebook. Orang nak baca pon pening. Macam mana la you all ni gigih type macam tu. Especially yang rajin hantar SMS tu. Serius sangat gigih. Kalau aku one word nak type huruf besar huruf kecil tu mungkin ambil masa 1 minute. Imagine kalau nak type sepuluh perkataan. Jap nak ambik kain lap peluh jap. Berpeluh akak dik non!

Aku ambil contoh abah kesayangan aku la kan. Memang aku respect, kalau dia hantar SMS dekat aku mesti ayat lengkap, siap di setiap hujung SMS mesti ada perkataan "Terima Kasih/Thank You". Aku ada jugak la campur aduk perkataan ringkas kan sebab nak cepat contohnya 'yang' kepada 'yg'. Tapi tak kuasa nak type huruf besar huruf kecil tu. Lagi2 nak ubah perkataan seperti 'sihat' kepada 'see-heart' (tengok hati?), 'how are you' kepada 'hawau u' (dah macam mencarut pon ada aku rasa). Kalau abah aku dapat SMS macam tu dari aku, sure dia terus delete. Bukan sebab dia benci dekat aku. Tapi besar kemungkinan dia beranggapan handphone anak dia kena curi lepas tu ada orang gile hantar SMS yang sukar di fahami. =P

Adik-adik jangan contohi gaya penulisan di atas. Nak dapat BM penulisan A tak?

11 comments:

mieyza said...

MiEra..Hawwaw U? Ada taK RasE Nak Seyy-ParK AkeW??HUHUHuuu

CatlinaFly said...

huhuhu samalah..kadang2 pening baca smsm generasi skrg & kat facebook...kena baca betul2 baru paham!

miralatiff said...

mieyza:
AyE AsE nAk seE-pArK aWakZz lEwW..HaHahA

comel tak? comel tak? aku bukan ajak ko tengok taman (see park?) tau..hehehe

miralatiff said...

CatlinaFly:
I kalau ada orang hantar SMS camtu terus I delete dia from my phonebook..=P

Husna Hadzarami said...

aLa aWaK NieW tU pOWn nAk mAwAH. X sPortInG LeWwWwW. bOwInk LeWwwW mCm niEwww..
(lenguh lak tangan aku)

miralatiff said...

Husna:
Hahaha..AwAkz nIeW lUcU lEwww,,,AuwWwW

effie said...

my god...sangat betol!!
pening dan rasa cam...ohhh please....

and yg ayat english berterabur kalah budak darjah 1 pun sangat annoying...
konon2 na mengorat or attract attention dengan guna ayat english tapi...my god..rasa na muntah..

p/s: mira..kau kat maner??

nur said...

mirah ! puan rozanna yang cun2 pakai tudung tapi rambut dia terkeluar2 tuh ! aku takut gak dgn die dowh ! hahahha .

piah :D

miralatiff said...

Efi:
kan?kan? kalau boleh nak ajak orang berkenaan tuisyen BM penulisan one to one dengan aku..hahaha

aku dekat Norway lagi ni..lagi 2 weeks aku balik malaysia..

miralatiff said...
This comment has been removed by the author.
miralatiff said...

Piah:
Eh bukan2..kita kan ada 2 cikgu Rozana..Cikgu Rozana Abu dengan Cikgu Rozana Ismail tak silap aku la..
Cikgu Rozana Ismail yang jambul terkeluar tu..aku pon takut dengan die weh...hahaha

 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails