Sunday, October 31, 2010

Islam..bukan sekadar tertulis atas kad pengenalan..

Sebelum saya mulakan entry ni, saya nak mintak maaf awal² kalau ada sesiapa terguris hati bila dah baca nanti..entry ni sekadar nak share pendapat..Saya pon bukanlah pandai sangat bab² agama ni dan bukanlah alim ulamak nak ulas bab² fiqah, tauhid, ibadah, tajwid dan sebagainya..tapi cukuplah ilmu di dada untuk membezakan yang mana buruk dan yang mana baik, yang mana dosa, yang mana pahala..

Saya pon tak terlepas dari buat dosa, lagi² lepas berkahwin ni....tanggungjawab makin besar..kena jaga hak suami dan taat kepada suami bukanlah satu tugas yang mudah..Tidur membelakangi suami pon dah dikira berdosa..apatah lagi kalau naikkan suara, lempang suami (ganas betul isteri dia kan)...dan kita sebagai manusia ni pon bukan la 100% perfect..mesti sikit pon ada cacat celanya..Kena selalu berbincang suami dan isteri..Hal² rumahtangga kalau boleh biarlah between husband and wife..jangan duk canang kat orang lain (saya pon kadang² terlepas jugak..maafkan saya wahai suamiku)..

Okaylah, actually entry ni bukanlah pasal hal² rumahtangga..tu just mukadimah jer..panjang giler mukadimah ingatkan dah start cerita tujuan sebenar entry ni di type..Eh dah², makin banyak pulak aku merapu ni..

I have 3 issues that I wanna bring up in this entry:

Situasi 1:

Di suatu hari yang damai di atas rig tengah² lautan asmara, kawan sekerjaku bertanya kepadaku ketika kami sedang beratur untuk mengambil makanan,

"Eh mira, aku tengok kau ni concern sangat lah dengan apa yang kau makan..pork babi kau tak makan, daging dengan ayam tak halal pon kau tak ambik..asyik makan ikan jer dengan sayur..tak boring ker?"

Aku diam disitu tak terus menjawab soalan beliau..FYI, kawan aku ni mat saleh non-muslim..

"Aku ada kawan, dia muslim jugak, tapi dia makan jer pork babi semua..takde hal pon"

*Gulp*...Terkedu aku di situ..

Situasi 2:

Di sebuah majlis formal yang di organize by the company, sedang aku rancak berbual dengan rakanku, ada seorang teman sekerja menyuakan wine air kencing setan ke arahku..dengan sopan santun aku menolak,

"No, thank you..I don't take alcohol"

"Oh, I'm so sorry..I don't know you don't drink wine"

"Don't get me wrong, not that I don't take it, it's because I can't drink alcohol at all..As a muslim, we are forbidden to drink any kind of alcohol"

"Really, I have a muslim friend as well, and he drinks beer, wine, whiskey when we had a party or when we went to club"

*Gulp kuasa dua!!*...Aku memang tak tau nak jawab apa weh..serius aku malu dengan diri aku sendiri sebab aku tak boleh bagi a good answer for him to understand the situation..

Situasi 3:

Ketika aku sedang membetulkan hijab ku, rakan ku (a guy) yang agak curious dengan apa yang aku tengah buat pon bertanya,

"So I can't see your hair? Why?"

"Ooh..because I'm bald..Hahahaha *laugh my lung out*.."No, I can't show my hair to anyone who doesn't have a blood relation with me except my husband after I've reached puberty"

"I guess, your husband is lucky to see your hair"

"Kind of, I'm specially made for my husband *sambil tersipu²*"

"But why I see some of our colleagues, who also a muslim don't cover their hair"

*Gulp kuasa tiga!!*

First of all, no offense kepada kawan² blogger yang tak pakai tudung *lagi* yer..korang jangan band blog saya tau..Saya doakan insyaAllah satu hari nanti akan terbuka pintu hati untuk berhijab..InsyaAllah..

But again, how am I going to answer them?

Kalau korang la what is the best answer you can explain to this group of people yang obviously bukan Islam, supaya dieorang tak salah paham..You all jangan expect la dieorang tau semua benda yang orang Islam tak boleh buat, makan, minum dan sebagai nya..Mungkin non-muslim dekat Malaysia, most of them, faham dengan Islam sebabnya, mereka² ni dah bergaul dengan rakan² yang majority nya orang Islam dekat Malaysia..Tapi macam mana pulak dengan mat² dan minah² saleh out there?

Korang rasa apa yang dieorang (non-muslim) ni pikir pasal Islam, bila dieorang dapat tau yang sebenar nya orang Islam tak boleh minum arak, tapi kawan2 Islam mereka minum malah lebih hebat dari mereka..

Takkan nak jawab, "kubur asing², lantak dieorang la nak minum arak ker, nak makan babi ker kan?..nanti menjawab la dengan Tuhan.."..nampak kurang matang dan jahil kalau aku jawab macam tu..

Jawapan yang selalu aku jawab,

"I think it depends on individual, if they think what they did is not right for them to do, they should stop doing it"

Sepanjang saya kerja overseas ni, 3 issue ni lah yang selalu depa dok tanya dekat saya..ada banyak lagi issue² lain yang dieorg tanyer..ramai gak yang interested sangat nak tau kenapa orang lelaki muslim boleh kahwin 4..Wahhh korang lelaki memang suka la kan bab² kahwin banyak² ni kan..selalu aku bagi contoh terbaik dari Rasulullah masa zaman perang dulu..ramai perempuan² yang kehilangan suami di medan peperangan, so Islam bagi kahwin lebih dari satu sebab nak jaga maruah wanita² Islam yang kehilangan suami supaya tak jadi buah mulut orang..Tapi orang kita sekarang ni, bukan sebab nak jaga maruah kaum wanita tapi sebab NAFSU!! benci tau...

So, what say you? Maybe you all boleh tolong saya to come up with the helpful, best, simple answer and most importantly, tak bagi golongan² yang tak tau ni tak confuse dengan situation yang melanda umat Islam sekarang ni..

22 comments:

Madam Sooyaree said...

babe, kalau discuss dengan non-muslim takpe lagi kot. kalau kau kena discuss dengan muslim camne?

like this muslim iranian colleague aku jumpa kat PEPTEC-2 dulu. duk bertelagah ngan aku kenapa dia patut makan cik bab. naik segan aku ngan colby and the rest of non-muslim time tu. dah la bulan puasa!

blackcardomompods said...

MIra,

Bukan u sahaja di tanya 4 soalan cepumas,kt sini pun sama tauuu..huhu

Agaknya memang omputih terpengaruh org muslim dr negara lain yang meneguk arak lebih hebat dari derang(ternyata benar,kerana ada kes muslim dr negara morroco teguk arak kalah omputih yg serumah dgn dia),berpakaian meragukan,(yang pakai tudung tp still nmpk rambut,pakai skirt pendek tapi bertudung,ada yang pakai topi je,tp rambut belakang nmpk,itu belum kes memang tak pakai tudung)dan termasuk mkn pork pasal ada muslim jawab darurat hidup oversea,sebab tu mkn pork.Tpi bab kahwin tu pun satu hal..muslim manala pi highlight hal tu..derang smpi ckp takut nk dekati org lelaki islam pasal takut esk2 terpaksa berkongsi kasih 4.huhuhu

disebabkan saya selalu di tanya ,saya bukak quran utk fight and explain balik kt dia.sebab selalu kalah je kalau dia fight dgn kita.Bukan nk tunjuk alim tp rasa mcm kita kena tindas pulak bila derang kuarkan hujah2 derang.

Ini pendapat saya,jgn marah pulak ye.sekadar berkongsi persoalan dan pengalaman yang sama dgn mira ;)

itu belum dia tanya hal syurga neraka n kiamat.last2 saya jawab,u mati then u know apa yang i ckp ni.terus diam.kekeke..

Fatt said...

hi mira, salam perkenalan..lama dah bc blog awk tp baru kali ni nk komen coz nk share with u.
i hv a fren yg perangai cam gini,dia ckp sume benda yg haram dia dah buat kecuali 1 je which is sex..i tanya dia kenapa,dia ckp tu dosa plg besar. i ckp yg lelain tu pun dah ckup besar kan coz she drink, no ekor, mkn x semelih (cik bab i tak pasti) and so la kan..
and sedih sgt tu, dia ckp dia tak puasa pun baru2 ni sbb dia ckp dia drink sblm mula bln posa..so i said y and dia ckpla setitik arak tu nti pahala x dihitung selama bbrp hari(sory ni i tak berani assume takut salah)..so the question is, she's aware of dat but yet, she did without feeling guilty..
i myself pun tak perfect but i takut nak buat benda2 camtu...

sori mira komen pjg :P

blackcardomompods said...

oh ya by the way,u buleh tgk u tube video ustaz kazim bertajuk turunnya isa,kt situ leh dpt gambaran hal kiamat n senang nk relate kt dernag kenapa kita takleh mkn babi.

Fatt said...

i nak tambah sikit...

ada byk lagi alternatif makanan halal but why pork?? dorang tau kan dlm daging tu ada sejenis ulat/telur (i guess) yg takkan mati walau diletak dalam api suhu tinggi..i think of dat, i rasa jijik..i better jd vegetarian, makan telur or buah rather than mkn pork..
i think vegetarian lagi mulia dari pork-eaters..and daging tak semelih lagi better dari pork. sorry no offence!

mieyza said...

mira, kat Malaysia berlambak kes Muslim yang sekadar atas ic. Langsung tak tau apa bab agama. Tu yang duk Malaysia, negara Islam. Yang mat salleh oversea segala apatah lagi..Sabar dan Tawakkal saja. Selagi boleh pertahan kan agama, Do Yr best!

|| a - j . E . E || said...

dear.. ada jawapan yang sangat siple dan padat.

kenapa x boleh makan babi dan minum arak?
sebab Allah tak bagi
kenapa kene pakai tudung?
sebab Allah suruh

semua ni ada dalam Quran. penganut agama islam ada yang patuh dan ada yang ingkar. dalam mana2 agama pon ada yang patuh dan ada yang ingkar. tp kite adalah orang yang patuh.


:D

miralatiff said...

Sooyaree: Orang2 yang jenis macam ni yang memang dikatakan Islam tu sekadar pada name jer..tapi langsung tak boleh nak beza yang mana haram yang mana tak..dan orang2 macam ni yang buat non-muslim confuse dengan orang Islam..
Instructor aku mase kat school Libyan tau, wahh die lagi hebat pilih wine dari kawan2 non muslim aku..aku lak yang naik segan..

miralatiff said...

blackcardomompods:
Pak2 Arab ni pon yang selalu nyer bagi bad impression tentang Islam dekat non-muslim...Tu sebab nabi diturunkan dikalangan orang2 arab ni, sebab mereka ni terlampau degil..bukan dieorang tak tau benda tu salah di sisi agama tapi sebab degil punyer pasal nak jugak langgar hukum..

Saya pon suka tengok video ustaz kazim..pendekatan die senantg kite nak interpret..

miralatiff said...

fatt:
I think your friend ni tau benda yang die buat tu salah...mungkin hati die tu masih degil dan belum terbukak utk bertaubat..mungkin jugak belum ade orang yang approach die and bimbing die..kalau die jahil, takkan la die tau setitik arak yang die minum tu pahala die takkan di hitung selama beberape hari kan..tapi persoalannyer, kalau dah tau kenape die buat jugak! tak ker stupid name nyer tu..

Masa saya kerja dekat Libya, takde masalah sangat pasal nak makan daging&ayam sbb guaranty halal nyer..tapi biler dah kena transfer dekat Nigeria and currently saya kerja dekat Norway, saya mmg dah turn out jadi vegetarian dah..Look at the bright side, bagus jugak kan..leh diet!

miralatiff said...

mieyza:
InsyaAllah...dengan berbekalkan sedikit ilmu yang saya ade ni saya cuba explain..Actually non-muslim ni jadi confuse sebab tak pernah diexplain perkara yang betul..apa yang dieorang nampak keburukan orang Islam jer..

miralatiff said...

|| a - j . E . E ||:
Hi there!

Saya mula2 bagi jawapan macam tu jugak..tapi saya rasa still kena explain sikit dekat dieorg sbb kenapa Allah tak bagi buat bende tu..Anyways, thank you dear!

Liyana said...

nak explain ngan omputih susah nak cakap kita cuma ikut Quran. Diorang nak logical & scientific explanantion.

Psl arak, mmg alcohol is bad for your body. Liver damage & brain. Proven.

Poligamy - For non-muslim, they have 'mrs' aka perempuan simpanan. Nampak aje mcm monogamy. Lagi bahaya. At least bila lawfully wedded, semuanya black & white. Masing2 ibu & anak ada hak.

Pasal pork - mmg scientifically proven, cuma diorang tak nak highlight benda ni. Tapi kalau omputih yg tahu, diorang pun dah tak sentuh benda ni.

sembelihan - it's blood free. Mmg keluarkan penyakit dlm darah. that's why among muslim tak ramai yg ada 'mad cow disease' yg merebak dulu tu.

tutup aurat - it's a tool that helps women communicate in public without seen as sexualized objects.

Fasting - in scientific world, fasting is proven to be beneficial. but they never high-lighted these findings.

Solat- direct communication with Allah. Also proven the movements in solat really helps physiologically. We need to cleanse ourselves before performing solat. mat salleh boleh kira berapa kali sehari basuh tangan..hmm. It makes our day more organized because we divided it into 5 stage.

Istinjak- pengotor la diorang ni. mmg penyebab penyakit. I argue about this with colleagues pasal apa ada certain microbs don't harbour in certain countries walaupun negara diorang tak bersih sgt (e.g Bangladesh). they found out among respondents were all Muslims yg membersih cara betul lepas keluar dari 'bank'.

miralatiff said...

Liyana:
Thank you so much!!Betul cakap you mat2 saleh and minah2 saleh ni kalau takde scientific proven susah sikit nak percaya..pastu even dieorg dah tau pon still keras kepale x nak ikut..end up memakan diri sendiri..I pernah tanyer dieorang ape sedap sgt ker pork ni compared to ayam and daging? dieorg kate mmg sedap..bende yang kotor tu yang selalu nyer sedap kan..=)

effie said...

alhamdulillah mira..
kau sentiasa idola aku..
anyways,aku selalu jugak diajukan soklan begitu.kenapa aku tak pakai tudung sedangkan kawan aku pakai tudung.
aku cuma senyum sipu (dah sah sah memang salah kan) dan jawab 'it is actually a must for muslim to cover their hair.i guess am a bad-side of muslim'.
anyways mira..entry kau yg ni adalah nasihat utk aku..hihi.

Liyana said...

No problem dear. Tapi mmg susah nak explain kat diorang ni. kalau yg ada agama (tak kisah lah mana2) tu senang sikit bcoz they have their dos and don'ts. Tapi yg 100% secular ni payah betul la. I paling payah nak explain time bulan puasa. For them, not drinking a drop of water during the day is too extreme. yet, I have to be strong.. not showing that I'm tired or look lethargic. So, make sure I wake up for sahur and have enough sleep at night... and work hard as usual the next day. To have the impression that fasting doesn't weaken me..

miralatiff said...

Efi:
InsyaAllah..aku doakan untuk ko okay..tapi kalau boleh before ko jumpe mr. right ko la..bagi die special give skets..hehe

miralatiff said...

Liyana: Totally agree with you..Bab puasa ni pon dieorg persoalkan sometimes..bagi dieorg, Islam tu kejam sebab suruh umat die tahan lapar dahage satu hari..Tapi hikmah dan ganjaran di sebalik berpuasa tu dieorg tak tau..Like you said, kita yang berpuasa ni kena tunjuk kan contoh yang terbaik dekat depa ni..jangan layu jer time puasa..

Mohd Hafiz Safwan said...

Masa jadik intern kat Bosch bayan lepas dulu nih pun..ada intern dari German yang tanya benda yang lebih kurang sama.

time tu bulan puasa, mat2 saleh tu trasa pelik sebab dah beberapa hari smoking corner tu kosong (Antara pengunjung tetap adalah aku..hahaha) so diorang tanya laa..Hafiz, we are the guys?

bila aku bagitau yang muslim semua puasa, dia tanya lagi "And you can't smoke? I mean you can't eat, drink and smoke? How can you endure that?"

Aku explain la yang ada banyak lagi benda yang tak leh wat time siang...dan perkara paling sedih bagi aku bila depa habaq "There are many muslims in germany, but they don't follow the religion well," pastu bagitau aku ada satu pub yang famous kat tempat dia..owner muslim.. ada ramai muslim yang makan bab...ramai yang tak nampak macam muslim langsung.. tapi bila depa sampai sini..pengalaman pertama diorang lihat ramai muslim yang ikut suruhan agama Islam.

Dakwah itu wajib.. dan rasanya ko dah wat yang terbaik...dakwah secara hikmah. Soalan ditanya kat ko sebab ko lain dari muslim lain yang diorang kenal..secara tak langsung atau sedikit mungkin beri kesan pada dia untuk melihat Islam dari perspektif baru..melalui ko..
hehehe

Selamat 'berdakwah' di North Sea

Husna Hadzarami said...

salam Mira,
this is a GRRRREAT entry!
tak pernah ke luar negara, tapi i must say that tinggal di sana mesti banyak betul dugaan untuk kita, the Muslims kan?
sebenarnya, nak dakwah orang Islam yang terpesong lagi susah daripada nak dakwah non-Muslims. agama kita nampak lemah disebabkan orang-orang Islam sendiri yang lemah (termasuklah aku). cara berdakwah paling baik is kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik pada diorang kan? and i think you've done a great job there Mira, really proud of you =)

effie said...

i want my mr right accept me the way i am.for the lowest n the highest.hehe.baru true love.kan.

Mummylicious said...

when you study, work or live overseas is when you get tested the most.

Some other Malaysian when i was in Aussie, drinks. have sex (jangan duduk bawah batu please). lived together as a couple. makan ayam katoq. Non-halal. Truthfully, i mixed and still friends with the likes of them. (most have insaf i would say..as in, quit drinking. that is a step). I go clubbing with them. and I was always the designated driver because i was the only one that doesnt drink. My housemate was an Indonesian Muslim..tapi used to makan ayam non-halal. excuse paling senang, susah nak cari. susah nak beli. tapi alhamdullilah when i moved in with her, she buys halal meat because she knows i will not touch non halal. last2 she makan halal selalu and sembahyang juga. to reach them is to lead by example. tak boleh bertegur sangat sebab....they wont listen. These type..they wont.

Dayang tak pakai tudung. To me that is very personal. Because sekali dah pakai, that would be it. It would be a total commitment and changes everything. Lifestyle, dressing, talking. Not prepared yet. But that does not mean i am a bad muslim right?

Pernah kena tanya by some friends when i was studying in Aussie when they ajak me minum wine after class (mat saleh la). I said i dont drink but i get drunk on Coke just fine. And they found out i was a muslim. then they ask why tak pakai tudung like arabs? i just answered, that is a very personal thing to me. that is something i will do when i am 100% ready. as for the other questions they ask about other muslims drinking etc. i said, that is between them and Allah SWT. They know its wrong. just as wrong as driving 2 ways in a 1 way street, but they do it anyway. but its their choice. as it is mine not to drink even when i go clubbing. not to eat non-halal cause...seafood is still food!

My only fault now is the hijab part.
Hubby doesnt force me. Alhamdullilah. he knows me better than to force me, because i know, if i am forced, then it will not a sincere reason to cover up. and i will rebel. the want to berhijab is there...its growing..but not yet. biar la sembahyang tak pernah tinggal dulu. mulut boleh dicontrol. hal duniawi macam handbaggsss obsession tiada.

the end.
(ok maybe not the handbag obsession. bawak bawah jubah boleh kan?)

 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails