Monday, November 1, 2010

How well can you accept criticism?

"Eh, apesal make-up ko ni tebal sangat?"

"Tulisan kau ni dah la besar² pastu macam cakar ayam pulak tu"

"Report macam ni kau kata terbaik, adik aku dekat tadika pon boleh buat"

"Keciknya rumah kau, macam rumah kucing!"

"Baju kau ni aku pernah nampak la dekat uptown Danau Kota, kau kata kau tempah dekat Rizalman eh?"

Sakit hati tak kalau dapat kritikan macam ni? Rasa macam nak terjun bangunan 14 tingkat. Okay fine, melampau sangat tu. Bila kau dapat kritikan macam ni, kau rasa self-esteem kau terus merundum, say from 100% terus decline 0.01%. Tu pon mujur ada balance 0.01%.

Tak melampau sangat kalau aku cakap, dalam hidup ni kalau takde kritikan memang kita tak boleh maju. The thing is, how you face that criticism. Tapi kenapa sometimes (or should I say most of the time) susah sangat kita nak terima kritikan ni? Is it because we expect our self too high then we can't accept our weaknesses? or sebab sejak kecik mak bapak tak pernah tegur kesalahan kau, so kau ingat semua benda yang kau buat tu bagus²? So bila now orang tegur, itu salah ini salah, kau susah sangat nak terima?

Orang yang bagi kritik pon ada macam² jenis jugak, ada yang positive and ada yang negative.

Golongan I
Jenis suka nak condemn orang lain, supaya dia nampak lebih bagus dari orang yang dia kritik.
Orang² macam ni sangat keji tau. Orang macam ni, memang jenis tak boleh nampak orang lain lebih sikit dari dia. Memang dia pantang, kalau orang lain lagi bagus dari dia. Contoh ayat² kritikan dia:

Si Jenab baru beli sofa baru color merah, lalu ditegur Sepiah,

Sepiah: "Jenab, aku tengok kerusi baru warna merah kau tu dah sama macam color kain buruk alas kaki rumah si Jenah. Kalau aku, aku tak beli color cenggitu"

Tengok keji tak keji si Sepiah ni. Biarlah si Jenab nak feeling² dengan kerusi baru dia, kau tetiba nak dengki apesal?

Orang² yang tergolong dalam golongan ni memang akan sentiasa bagi kritik tak kira la if kau dah buat yang terbaik pon dia kritik, kau buat tak terbaik, memang of course lagi teruk kau kena kritik..

Harap korang boleh relate contoh yang aku bagi untuk golongan pertama ni. Boleh kan? kan?

Golongan II
Jenis yang suka kritik tapi kritik belakang², tak cakap straight to the face.
*Ehem*.
It's been our culture kot suka bitching2 belakang orang. Kalau kau tak puas hati cakap la depan² kan. Ker kau takut dan tak boleh nak menerima kenyataan?

Jenab: "Si Sepiah tu kalau pakai lipstick baru dia yang kaler merah dah macam bibir Missy Elliot dah aku tengok"

Apa kena mengena bibir Missy Elliot dengan warne lipstick si Sepiah? Memang dasar pendengki tau kau Jenab.

Golongan III
Jenis yang suka bagi constructive criticism.
Golongan ni memang harus dicontohi. Bagi dia, do right at the first place. Orang2 macam ni memang takde hasad dengki. Kalau dia kritik or tegur memang ikhlas sebab nak orang yang ditegur berubah ke arah kebaikan. Contoh ayat² kritikan yang very constructive:

Si suami melihat isterinya memakai tudung dengan blouse color kuning striking, lepas tu pakai seluar color merah mak ngah dipadankan dengan lipstik color merah jugak. Lalu si suami berkata kepada isteri:

Suami: "Yang..yang..abang tengok kalau yang pakai seluar color hitam dengan lipstik color beige/natural nampak lagi sexy stylo la yang..lepas tu yang pakai handbeg color brown yang abang bagi present masa birthday yang aritu tu..pergh memang kalau abang tengok pon abang rasa nak tengok yang jer tak nak tengok perempuan lain dah..oppsss..jangan marah yang..abang gurau jer.."

Isteri: "Yeker bang..alar abang ni pandai la fesyen² ni..okay la yang tukar sekarang tapi abang janji jangan pandang perempuan lain tau.."

Kan elok kalau cakap macam tu..kritikan yang di campur dengan cadangan yang membina. Bukan sahaja boleh membawa kepada perubahan yang lebih baik, malah hubungan antara kedua belah pihak pon menjadi lebih baik..

Aku rasa cara nak mengatasi criticism bagi golongan yang pertama dan kedua tu, you always need to know in your heart that what you do is right. Don't think too much about apa yang akan di kritik sebab benda ni boleh menjadi kan kau stress. Kalau boleh, instead of waiting your enemies to criticize you, become your own severe critics of your failure. Think that no one but only you can blame yourself for your fall. Be positive.

Pergi lah mana2 pon dalam dunia ni, memang tak boleh lari dengan 3 jenis golongan pengkritik di atas. Sepanjang aku kerja ni pon, aku dah di kritik oleh pelbagai jenis bangsa. Ada yang aku boleh boleh perbaiki, aku cuba perbaiki. Yang mana aku rasa macam tak patut jer aku kena kritik aku dengar jer. Paling tak pon aku discuss dengan colleague aku yang lain. Mat saleh ni kalau kritik orang memang dahsyat. Takde nyer dia nak pikir perasaan orang lain.

Bagi aku selagi kritikan yang aku terima tak invades my personal life and my family, I will always look at it on the bright side. Sometimes, aku pon degil jugak and suka melawan tapi seboleh² nya aku cuba dengar dulu kritikan tu, fikir then baru jawab. Bak kata three wise man, 'Diam adalah pintar'...Apa? tak tau three wise man tu apa? KRU lah. Dalam lagu 'Fanatik' tu.

I heart you Yusry KRU. Tiba-tiba. ("-_-)

4 comments:

effie said...

i love kru too...norman!!!
yusry is single..tapi mira is taken..
hehehe..maybe yusry is meant for me.. :)

miralatiff said...

Efi:
Arghh..shhh..jangan bagitau Yusry tau aku dah kahwin..hahaha

Mummylicious said...

suddenly la kan ada yusry. hahaha

kenapa ya eh? manusia suka bercakap pasal bertapa hebatnya islam. bertudung dan bersembahyang 5 waktu. lengkap lah rukun islam dia. TAPI, selalu lupa bahawa Nabi Muhammad SAW sungguh benci orang yang bercakap buruk mengenai orang lain walaupun perkara itu benar. Walaupun post lama tapi kalau bab2 ni..memang Dayang tak suka dan harus setuju dengan mira!

If you have nothing nice to say, say nothing at all.

see my attempt at typing in bahasa. I memang fail ok. Patutla SPM A2. ke C3..tak ingat dah

miralatiff said...

Mummylicious:
I minat Yusry tau..hahaha

Manusia ni kan tak pernah puas dengan apa yang dia ada. So bila others ada lebih sikit mulalah tak puas hati and nak bitching2 belakang.

Tak paham betul dengan golongan yang tak boleh terima hakikat orang lain lebih bagus dari dia, instead of try berubah jadi yang lebih baik, dia kritik pulak orang lain. Lepas tu kalau tegur/kritik baik2 takpe jugak. Don't expect people will accept your words if you don't know how to approach them at the first place.

 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails