Wednesday, November 3, 2010

Mari belajar bahasa melayu dengan Ben bukan bendi..

I've stumbled into this video from facebook..Mamat ni kelakar giler. Dah la *cough* cute dan comel jer gaya percakapan bahasa melayu beliau. Beliau belajar bahasa melayu within 1 1/2 year jer. Tanpa intensive class or what so ever. Just by talking to our local guys and reading. *thumbs up*.

Mat Saleh pon beriya nak belajar bahasa melayu tapi kenapa orang melayu sendiri tak nak agungkan bahasa sendiri *pelik*. Haa, termasuklah aku sekali.

Korang tau tak mostly anak² menteri kita pon cakap bahasa melayu bersepah macam mana lah nak tunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Korang tengok anak President Jepun siap bawak translator kalau pergi mana². Bukanlah nak tunjuk beliau kaya, beliau boleh bayar translator. Bukan². Bukan jugak sebab beliau tak tau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tapi sebab beliau nak orang² lain tau yang beliau memartabatkan bahasa ibunda beliau even kat mana pon beliau berada.

Don't get me wrong. Aku tak bermaksud yang korang tak payah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris langsung. Bahasa Inggeris kan International language. Even aku pon communicate dalam bahasa Inggeris time kerja. Tapi jangan la sampai jadi poyo sangat sambil berkata "Ooh, I forgot to speak Malay la" atau "Sorry, speak in English please, I don't understand you (dalam loghat Kelantan)", padahal makan budu lebih hebat dari aku. Memang nak kena pelempang.





Ooh..you all boleh kelik dekat sini untuk jadi kipas-susah-mati (die hard fan) beliau. Sabar dik² non. Akak tau korang tak sabar nak kelik link tersebut sebab nak tatap wajah cute beliau mengenali beliau dengan lebih rapat.

Beliau akan ke KL bulan December ni kot. So siapa² nak buat temujanji panas (hot date) dengan beliau boleh la hantarkan email ye. Oh aku tak boleh. Aku ada temujanji terpanas dengan encik suami *tak nampak ke encik suami dah jeling² tu*..=P

4 comments:

effie said...

cool.
mira.kamu ini sangat rajin.

miralatiff said...

Efi:
Haha..Aku just mengisi masa lapang..lagipon aku post entry ni lepas aku habis shift kerja..time kerja mane boleh blog..tak nampak supervisor aku tengah pandang sinis kat sebelah ni?

Madam Sooyaree said...

keje 12 jam shift boleh le, hihihi :P

miralatiff said...

Sooyaree:
Tau takpe..kalau aku kat umah shift aku 24 jam..tu yang bulan September takde entry langsung tu..

 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails