Tuesday, May 11, 2010

Adamaya....Mirakim...ada kaitan...('O')

I am sure mesti ramai yang suka tengok cerita ni kan??? After Nur Kasih I rasa this drama berjaya menarik hati I untuk tiap-tiap hari bukak TV3.com.my...Actor and actress pon best and I paling suka tengok budak kecil nama dia Amani dalam cerita ni..So cute and adorable..Kalau diganding kan dengan anak teruna saya memang sesuai dijadikan calon menantu..tetapi dia tua 3 tahun from Emir..but now what you can say about age kan? it is just a figure??hehehe..


Basically this story is a romantic comedy about seorang teenage girl ni di paksa berkahwin dengan one guy yang dia tak cinta sebab her parents kena bertugas in Africa..Arranged marriage bak kata omputih tu...barisan pelakon seperti Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi..

Sinopsis drama ni is taken from here..

"Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan."


Waktu tayangan di TV3 is at 6.30 P.M every Isnin hingga Khamis. Kalau dekat rumah takde TV3 (maksudnya kepada siapa-siapa yang berada di luar kawasan) silalah layari www.tv3.com.my..

No comments:

 
blog design by miralatiff Related Posts with Thumbnails